www.facebook.com,www.yahoo.com,www.tweeter.com
PENGENALAN
Persatuan Pemain layang-layang yang bertempat di kampung bukit kerayong. Di ketuai oleh saudara Samuri bin Rojakan .Telah beroperasi sejak tahun 2008 . Disertai seramai 50 orang ahli . Persatuan Pemain layang-layang adalah persatuan yang berdaftar di Negeri Selangor. Telah menyertai pertandingan Antarabangsa di Johor,Kelantan dan Serawak. Menganjurkan pertandingan wau dan menguruskan pertandingan Wau seperti di Bukit tinggi , Shah Alam anjuran muzium Shah Alam, Bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Felda Bukit Cheraka dan banyak lagi.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Tujuan persatuan ini
di tubuhkan adalah untuk mengenalkan wau kepada generasi muda dan menarik minat
generasi muda untuk memainkan kembali warisan nenek moyang kita .Saya percaya
generasi muda masa kini ada yang tidak mengenali apa itu wau atau layang-layang.
Kebanyakan generasi muda sekarang hanya mengenali layang-layang moden yang
banyak terdapat dipasaran atau yang banyak di jual di tempat peranginan seperti
di tepi pantai.
Wau atau
layang-layang amat seronok dimainkan.Selain itu Wau juga boleh dijadikan hobi
pada waktu lapang dan untuk beriadah bersama keluarga mahupun orang ramai.
SEJARAH WAU / LAYANG-LAYANG
-PENGENALAN.
Dipercayai pada 500
Tahun dahulu ,semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah di Melaka telah
diceritakan bahawa Sultan akan mengadakan pesta bermain bermain Wau
bersama rakyat jelata pada hari-hari kebesaran atau keraian pada tiap
tahun dengan tujuan untuk mendekatkan pemerintah dan orang-orang
kebanyakan pada masa tersebut dan pada masa tersebut maka ramailah
rakyat jelata yang datang untuk bermain bersama-sama dengan
rekaan-rekaan Wau yang berlainan mengikut krativiti yang tersendiri.
Adalah dipercayai Wau telah dimainkan oleh orang-orang Melayu sejak
lama dahulu sebelum waktu itu. Pernah di gambar bahawa orang-orang
melayu memainkan Wau dengan cara melagakan.
Catatan sejarah juga
membukti Wau pernah digunakan dikawasan nusantara Melayu sebagai panduan
kepada para nelayan yang pergi menangkap ikan dilaut dalam untuk
kembali ke pengkalan berpandukan kepada kedudukan Wau yang diterbangkan
oleh ahli-ahli keluarga yang berada didarat iaitu pada waktu siang
dengan cara melihat dan apabila malam bunyian juga dikenali sebagai
dengung yang dipasang pada Wau tersebut sebagai panduan kepada para
nelayan.
Diceritakan juga pada zaman dahulu Wau dibuat daripada
daun-daun yang lebar yang dibentuk sebagai Wau dan setelah orang-orang
melayu tahu menggunakan buluh sebagai rangka dan kertas pelapik maka
terciptalah Wau yang berbagai bentuk dan ukuran seperti yang dapat
dilihat sehingga ke hari ini salah satunya ialah Wau kapal Selangor.
WAU KAPAL (WAU SELANGOR)
Wau kapal Selangor(wau Selangor)
Wau jenis ini adalah yang pertama dicipta atau di ilhamkan oleh orang yang terdahulu.
Sering di mainkan dan dipertandingkan di beberapa daerah di negeri Selangor .
Wau Kapal
Wau jenis ini sering di main kan di kebanyakan daerah di negeri Selangor seperti di Sungai Besar, Kuala Selangor, Klang dan Banting.
.
Saya percaya kebanyakan rakyat di negara ini kurang mengenali Wau Kapal( wau selangor) . Sebab utama kerana kurang pendedahan tentang wau kapal. Hanya sebilangan kecil sahaja yang mengenali wau ini.
Tidak seperti wau bulan,wau kucing,wau merak dan wau jalabudi , Wau tersebut sememangnya dikenali kerana wau tersebut telah di iktiraf untuk ditandingkan di peringkat Antara Bangsa di Pasir Gudang Johor, Kelantan dan serawak . Oleh itu persatuan pemain layang-layang Bukit Kerayong cuba untuk perkenalkan Wau Kapal kepada masyarakat umum bahawa wau Kapal adalah wau Selangor. Seperti negeri lain mempunyi wau mereka sendiri.
SEJARAH WAU / LAYANG-LAYANG SELANGOR
Dipercayai bahawa mengikut sejarah orang-orang lama wau Kapal adalah menjadi simbol bagi negeri Selangor. Kisah ini diambil berdasarkan kepada cerita bahawa selepas musim menuai padi para petani terpaksa menunggu musim menanam padi yang akan datang iaitu selama satu tahun dan activiti para petani lebih kepada perikanan meyebabkan masa-masa yang terluang di penuhi dengan bermain wau untuk keseronokan .
Disebalik namawau Kapal tersembunyi kisahnya yang tersendiri ini adalah kerana jika dilihat dari reka bentuk wau Kapal itu sendiri dapat dilihat dari reka bentuk bawah ataupun ekor adalah berbentuk Kapal yang melambangkan nelayan dan bunga Tanjung sebagai lambang kebesaran Negeri Selangor
Sehingga ke hari ini masih terdapat segelintir anank-anak muda dibeberapa daerah
di negeri Selangor yang masih bergerk aktif meneruskan tradisi pembuatan dan permainan wau Kapal.
|
PENGENALAN TENTANG WAU KAPAL |
|
|
|
KEPALA WAU
|
Digunakan sebagai pengemudi
arah:
Biasanya setiap wau mempunyai kepala bertujuan
untuk mengawal wau atau mengemudikan arah wau
dan sebagai pengimbang kestabilan antara kepala dan ekor.
Ada juga sesetengah pembuat wau tidak ada kepala
wau seperti wau subuh .Wau subuh jarang di mainkan
di tempat lain hanya di daerah Bagan Dato Perak sahaja .
|
KEPAK WAU
|
Sebagai penampung
angin
Setiap wau mesti mempunyai kepak . Kepak wau di gunakan
untuk menampung angin supaya wau dapat menahan
angin dan wau dapat melayang naik ke udara .
Seperti Wau Kapal ia melambangkan sebuah
kapal yang megah dalam pelayaran .
EKOR WAU
Kemudi
Ekor digunakan sebagai kemudi sesebuah wau
agar wau dapat terbang dengan tenang dan
stabil apabiladi udara. Ekor juga dapat menambahkan
lagi seri sesebuah wau .
TELEPUK UTAMA
Lambang kebesaran
negeri Selangor (Bunga Tanjung)
TELEPUK
Melambangkan hasil
negeri
TALI AIR
Melambangkan keperluan
kepada petani dan nelayan
Tali air bermaksud betapa penting air kepada
petani dan nelayan dalam kehidupan seharian .
BUNGA TANJUNG
|
Inilah bentuk atau rupa bunga tanjung yang menjadi telapuk utama Wau Kapal (wau Selngor )
|
|
|